Faq

  1. Bila tarikh tutup pendaftaran qurban?
    Jawapan: Tarikh tutup pendaftaran korban ialah 9 Ogos 2020 (Online & Bank Transfer / Paynow) dan 10 Ogos 2020 (Walk-ins / Cash / Nets)
  2. Adakah ibadah qurban saya akan dilaksanakan pada hari raya haji itu sendiri?
    Jawapan: Ibadah qurban akan dilaksanakan pada hari raya haji sehingga tiga hari tashrik (10 – 13 Zulhijjah 1441H)
  3. Bila tarikh pengagihan daging segar qurban?
    Jawapan: Pengagihan daging segar qurban akan dilakukan 17 Ogos 2020 (Sabtu) & 18 Ogos 2020 (Sunday).
  4. Adakah daging qurban segar ini di hantar ke rumah saya?
    Jawapan: Harga daging qurban segar termasuk penghantaran ke rumah. Setiap penghantaran hanya untuk satu rumah sahaja.
  5. Berapa berat seekor kambing untuk Qurban Segar?
    Jawapan: Berat seekor kambing dalam 16-17 kg.
  6. Berapa berat seekor lembu (7/7) untuk Qurban Segar?
    Jawapan: Berat seekor lembu (7/7) dalam 130 – 140 kg.
  7. Berapa berat sebahagian lembu (1/7) untuk Qurban Segar?
    Jawapan: Berat seekor lembu (1/7) dalam  18 – 20 kg.
  8. Berapa berat 1/3 daripada seekor kambing?
    Jawapan: Berat bahagian seekor kambing: 1/3 (5-7kg)
  9. Berapa berat 1/3 daripada sebahagian lembu 1/7 ?
    Jawapan: Berat bahagian 1/3 daripada 1/7 lembu: 6kg
  10. Berapa berat 1/3 daripada seekor lembu 7/7 ?
    Jawapan: Berat bahagian 1/3 daripada 7/7 lembu: 43kg
  11. Boleh saya pilih bahagian daging bagi Qurban segar? (Contoh: Rusuk, daging, ribs)
    Jawapan: Kami akan cuba usahakan untuk dapat bahagian2 yang dipilih. Walaubagaimanapun, organ dalam tidak akan dibawa balik ke Singpura. (Staff sila catat di form under remarks untuk special request)
  12. Berapa ramai orang boleh berkongsi satu lembu 7/7?
    Jawapan: Seekor lembu boleh dikongsi 7 orang.
  13. Berapakah tin yang dapat untuk seekor kambing dan 1/7 lembu bagi Qurban Tin?
    Jawapan:
  14. Saya melaksanakan korban, tapi adakah wajib bagi saya untuk mengambil bahagian saya?
    Jawapan: Sunnah dibahagikan daging qurban kepada 3 bahagian: 1/3 kepada fakir miskin, 1/3 kepada saudara-mara atau kenalan dan 1/3 untuk yang melaksanakan qurban. Atas niat nazar, wajib disedekahkan kesemuanya kepada fakir miskin.
  15. Apakah pantang larang yang harus saya patuhi apabila sudah melaksanakan ibadah qurban?
    Jawapan: Sunnah bagi orang yang hendak melasanakan qurban (termasuk mereka yang sudah niat untuk qurban sebelum bulan Zulhijjah), untuk tidak menghilangkan rambut-rambut pada badannya dan tidak memotong kuku. (Iaitu tidak memotong dan mencukur rambutnya, janggutnya, termasuk misainya, bulu ketiak, bulu ari-ari dan lainnya) Waktunya bermula dari 1 Zulhijjah sehingga selesai ibadah qurban itu dilaksanakan (13 Zulhijjah).
  16. Sekiranya saya telah melaksanakan qurban pada tahun lepas, bolehkah saya melaksanakan ibadah qurban sekali lagi pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang?
    Jawapan: Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunnah muakkadah. Ianya sunnah bagi mereka yang mampu untuk mengulangi ibadah itu pada setiap tahun.
  17. Bolehkah saya melaksanakan qurban untuk anak saya yang belum baligh atau belum mumayyiz?
    Jawapan: Harus bagi orang yang bertanggungjawab keatas anak itu (wali) melaksanakan qurban dengan hartanya sendiri bagi anaknya yang kecil yang masih hidup, tanpa izinnya.
    Tidak boleh melaksanakannya dengan harta anak yang kecil tadi. Wallahua’lam.
  18. Apakah hukum seseorang melaksanakan qurban untuk Arwah?
    Jawapan: Tidak salah untuk melaksanakan ibadah qurban dengan niat bersedakah atas nama arwah.
  19. Bolehkah kita melaksakan qurban untuk ibu-bapa tanpa pengetahuan mereka?
    Jawapan: Boleh dengan niat agar pahala dapat diberikan untuk diri sendiri dan seluruh keluarga yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.
  20. Bagaimana BNIAGA dapat memastikan ibadah qurban diluar negeri dapat dijalankan dengan sempurna?
    Jawapan: Kami telah melaksanakan ibadah qurban ini untuk tahun ke-11 bersama partner worldwide kami yang dipercayai dan setiap ibadah dilaksanakan dengan sempurna selama ini.
  21. Adakah saya akan mendapat gambar bagi qurban yang saya laksanakan?
    Jawapan: BNIAGA menjalankan ibadah qurban secara mass melebihi 6000 bahagian setiap tahun. Kami hanya akan memberi sijil berserta laporan am bagi setiap negeri.
    (Untuk special request jika diminta oleh donor, sila catat nama & no. talipon bagi staff maklumkan kembali sama ada gambar di negeri itu boleh disediakan atau tidak.
  22. Kenapa harga lembu di India terlalu murah?
    Jawapan:
  23. Di manakah Kawasan qurban dilaksanakan di India, Yemen, Palestin & Palu?
    Jawapan:
  24. Adakah share-a-goat itu ibadah qurban?
    Jawapan: Tidak. Share-a-goat adalah sedekah dimana dagingnya akan diagihkan kepada fakir miskin. Share-a-goat $50 hanya untuk satu nama sahaja.
  25. Apakah jenis kambing segar yang digunakan di Australia?
    (Kambing Gurun – Goat/Kambing Biri2 – Lamb/Kambing anak Biri2 – Sheep)
    Jawapan: Kambing yang digunakan di Australia adalah kambing Biri2.
  26. Adakah pelanggan ibadah Qurban akan dimaklumkan setelah selasainya ibadah Qurbannya?
    Jawapan:
  27. Adakah sijil ibadah Qurban yang diberikan berdasarkan pada nama yang dilaksanakan?Jawapan:
  28. Adakah sijil ibadah Qurban yang diberikan berdasarkan pada negara yang dilaksanakan?
    Jawapan: Sjil Qurban akan dilakukan berdasarkan ‘NAMES / BENEFICIARIES’ di dalam form.
    *Staf sila pastikan setiap pelanggan mengisi ruangan ‘NAMES / BENEFICIARIES’ yang disediakan
  • Untuk sebarang serta segala persoalan dan pertanyaan yang tiada termaktub disini berkaitan perlaksanaan ibadah Qurban, sila rujuk kepada staf yang bertanggungjawab.